KOMUNIKASI MALAYSIA-MESIR

KOMIK

Assalamualaikum buat adik-adik yang bakal tiba di bumi Mesir ini.

Penulisan kali ini bertujuan untuk menerangkan serba sedikit tentang cara komunikasi antara negara Mesir dan Malaysia.

Buat adik-adik yang bakal tiba, pasti sudah tidak sabar dan gembira untuk menjejakkan kaki ke sini. Namun disebalik kegembiraan pasti ada terselit keresahan bagaimana hendak menghubungi keluarga tercinta di Malaysia sesampainya di bumi Mesir ini. Keluarga kalian juga pasti ternanti nanti panggilan dan berita dari kalian sesudah menjejakkan kaki ke sini.

Jangan risau adik-adik, kebiasaannya apabila sampai sahaja di sini, pelajar-pelajar senior yang menyambut adik-adik sudi meminjamkan telefon kepada kalian untuk menghubungi keluarga menggunakan Voip dan menggunakan internet. Namun untuk tempoh masa panjang, adik-adik boleh menggunakan pelbagai medium komunikasi.

 

Di bawah ini disertakan beberapa cara komunikasi yang boleh digunakan untuk menghubungi keluarga, sahabat handai, rakan-rakan yg berada di mana-mana sahaja di serata dunia.

voip

  1. VOIP (Voice Over Internet Protocol) ( boleh digunakan untuk membuat panggilan antarabangsa, kalian hanya perlu membeli top up yg mengikut mata wang US Dolar. Untuk membeli top up, kalian boleh merujuk Biro Ekonomi PERUBATAN Cawangan masing-masing.)
  1. Skype (boleh membuat video call antarabangsa)
  2. Whatsapp
  3. Viber
  4. Facebook, twitter dan lain-lain.

 

Beberapa contoh komunikasi ini boleh la adik-adik gunakan untuk menghubungi keluarga di Malaysia bagi menceritakan kehidupan adik-adik di sini. Jangan lupa untuk sentiasa menghubungi keluarga anda di Malaysia sekurang-kurangnya sebulan sekali. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang mana media-media di Malaysia menghebahkan berita yang melampau-lampau daripada keadaan yang sebenar. Jadi seeloknya adik-adiklah yang menghubungi keluarga bagi menyingkirkan resah ibubapa masing-masing.

Perkhidmatan perhubungan antarabangsa seperti VOIP ini juga penting bagi menyelesaikan masalah-masalah yang selalu berlaku seperti masalah perbankan, masalah dengan pihak tajaan dan sebagainya. Semoga entri ini memberi manfaat kepada kalian.