KADAR SEWA RUMAH DI SEKITAR MESIR

KADAR SEWA RUMAH DI SEKITAR MESIR

 

“Abang, bagaimana saya ingin dapatkan rumah sewa yang sesuai di sini?”
“Oh, adik jangan bimbang. PERUBATAN melalui Biro Perumahan daripada PERUBATAN Cawangan masing-masing ada menyediakan panduan rumah sewa untuk adik buat rujukan”

Salah satu aspek penting semasa berada di Mesir ialah pengurusan kewangan berkenaan sewaan rumah memandangkan situasi di sini yang saban kali terdedah dengan kes penipuan dan penyelewengan daripada masyarakat arab Mesir.

Oleh itu, bagi mengelakkan perkara ini berulang kembali maka PERUBATAN melalui Biro Perumahan di setiap PERUBATAN Cawangan masing-masing telah mengesyorkan sewaan rumah berdasarkan situasi semasa seperti butiran pada jadual di bawah:

 

Lokaliti Sewa Rumah
Al-Azhar  

Hayyu Sabik LE 1200 – LE 2500
Hayyu Asyir LE 900 – LE 1500
Rabaah LE 2000 – LE 3000
Safarat LE 1800 – LE 3000

 

Ainshams LE 1500 – LE 2100
Kaherah LE 1200 – LE 2200
Mansurah LE 1000 – LE 1700
Iskandariah LE 1800 – LE 2500
Tanta LE 800 – LE 1200
Zagazig LE 700 – LE 1200

“Berapa ya bilangan penghuni setiap rumah sewa biasanya?”

Bilangan penghuni yang dicadangkan bagi sesebuah rumah sewa adalah sekurang-kurangnya 3 orang dan paling maksima ialah 6 orang bersesuaian dengan keluasan rumah dan bilangan bilik serta setelah perbincangan bersama tuan rumah kecuali bagi pasangan yang sudah berkahwin (Mutazawwijin). Secara umumnya, seorang individu akan membayar sewa rumah pada kadar maksima sebanyak LE 380 – LE 500.

“Terima kasih, abang. Jika ada masalah apa-apa, saya akan segera hubungi Biro Perumahan.”

Semoga maklumat berikut dapat memberi panduan dan rujukan kepada pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Mesir untuk memilih rumah sewa mengikut kadar yang digariskan.

Sebarang masalah dan pertanyaan lanjut, anda boleh segera merujuk kepada Biro Perumahan PERUBATAN Cawangan masing-masing.