UNIVERSITI AL-AZHAR

UNIVERSITI AL-AZHAR

Kuliah Perubatan dan Pergigian Universiti al-Azhar.

Universiti al-Azhar merupakan salah satu pusat pembelajaran ilmu Islam yang tertua di dunia. Pada awal pembukaannya, hanya beberapa halaqah keilmuan yang diadakan secara berkala di Masjid Agung al-Azhar dengan menggunakan sistem pembelajaran ‘talaqqi’ (sorongan) yang dilaksanakan di antara tiang-tiang Masjid Agung al-Azhar.

Secara umumnya, fakulti-fakulti al-Azhar terbahagi kepada dua, iaitu Kuliah Adabiyah (Pengajian Agama) dan Kuliah Ilmiyah (fakulti pengajian sosial & sains kesihatan). Kesemua Kuliah Ilmiyah terletak di kawasan Nasr City, dan selebihnya (Kuliah Adabiyah) terletak di kawasan Hussien, bersebelahan dengan Masjid Agung al-Azhar dan cawangan-cawangan universiti al-Azhar yang berada di pelbagai wilayah.

 

 

Pembelajaran di Universiti al-Azhar.

Kuliah di Universiti al-Azhar semenjak tahun 1996-1997, ketika di bawah pimpinan Prof Dr Ahmad Umar Hasyim, perkuliahan al-Azhar dibahagi menjadi 2 semester. Semester pertama bermula pada pertengahan bulan September dan berakhir pada awal bulan Disember. Peperiksaan bagi semester pertama biasanya akan dijalankan pada bulan Januari. Selepas peperiksaan tamat akan bermula cuti musim sejuk selama 2 minggu.

Manakala, semester kedua kebiasaanya akan bermula pada akhir bulan Februari dan berakhir pada awal bulan Mei oleh kerana peperiksaan semester kedua akan dilaksanakan pada bulan Jun, pelajar diberi masa selama beberapa minggu cuti untuk mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan kepada peperiksaan. Selepas itu, pelajar akan mendapat tempoh cuti musim panas selama 2 bulan setengah sebelum sesi pembelajaran pada tahun seterusnya bermula.

 

Silibus Pengajian Fakulti Perubatan di Universiti al-Azhar (yang lama)

Kurikulum pembelajaran dibahagikan kepada 3 fasa:

 

Fasa 1: Tahun 1 dan 2.

Fasa 2: Tahun 3.

Fasa 3: Tahun 4, 5 dan 6.

 

Tahun 1:

  1. Physiology
  2. Anatomy
  3. Biochemistry
  4. Histology
  5. Bahasa Arab
  6. Al-Quran (Juz 30)

 

Tahun 2:

 

  1. Physiology
  2. Anatomy
  3. Biochemistry
  4. Histology
  5. Psychology
  6. Balaghah
  7. Tafsir al-Quran
  8. Al-Quran (Juz 29)

 

Tahun 3:

 

  1. Pathology
  2. Parasitology
  3. Pharmacology
  4. Microbiology
  5. Tafsir al-Quran
  6. Hadis
  7. Feqah
  8. Tarikh Tasyri’
  9. Al-Qur’an (Juz 28)

 

Tahun 4:

 

  1. Opmology
  2. Community Medicine
  3. Forensic & Toxicology
  4. ENT (Ear, Nose & Throat)
  5. Medical Ethics  
  6. Aqidah
  7. Akhlak
  8. Sirah
  9. Al-Quran (Juz 27)

 

 

Tahun 5:

 

  1. Internal Medicine
  2. Pediatrics
  3. Feqah
  4. Hadis
  5. Tafsir
  6. Al-Quran (Juz 26)

 

Tahun 6:

 

  1. Obstetrics and Gynaecology
  2. Surgery

 

 

Silibus Pengajian Fakulti Perubatan di Universiti al-Azhar (yang baru)

Ada untuk pelajar perubatan sahaja, baru mula dilaksanakan pada sesi 2018/2019. Dan sistem pembelanjaran tahun 1 ini masih lagi dalam proses perbincangan pihak berwajib di Malaysia dalam mendapatkan peingiktirafan.

 

Tahun 1:

 

SEM 1

 

  1. Normal Human Body
  2. Cellular and Molecular Biology & Principle of Genetics
  3. Principles of Diseases & Drug Therapy
  4. Biomedical Sciences

 

ADDITIONAL SUBJECT

  1. Al-Quran
  2. Bahasa Arab
  3. English
  4. Medical Terminology
  5. Medical Ethics

 

SEM 2

 

  1. Haematopoetic & Immunology
  2. Musculo-Skeletal & Skin
  3. Respiratory System

 

ADDITIONAL SUBJECT

  1. Al-Quran
  2. Bahasa Arab
  3. Research (Community Medicine)
  4. Soft-Skill
  5. Nutrition
  6. Computer Science

 

Tahun 2:

SEM 3

 

  1. Cardiovascular System
  2. Renal and Urinary System
  3. Behavioral and Social Sciences
  4. Introduction to Clinical Skills

 

ADDITIONAL SUBJECT

  1. General Epidemiology
  2. Professionalism 3 (Risk Management)
  3. Religious requirements (Quran Kareem)
  4. Elective (3)

 

SEM 4

 

  1. Endocrine System
  2. Nutrition and Metabolism
  3. Gastrointestinal and Hepatobiliary system
  4. Reproductive System

 

ADDITIONAL SUBJECT

  1. Professionalism 4 (Patient Safety)
  2. Religious requirements (Islamic History)
  3. Elective 4

 

 Silibus Pengajian Fakulti Pergigian di Universiti al-Azhar.

Pra-Pergigian:

  1. Al-Quran
  2. Fizik
  3. Kimia
  4. Botani
  5. Zoologi
  6. Komputer
  7. Bahasa Inggeris
  8. Fiqh
  9. Bahasa Arab
  10. Aqidah

Tahun 1:

  1. Al-Quran
  2. Dental Biomaterial
  3. Biochemistry
  4. Dental Anatomy and Physiology
  5. Prosthodontics
  6. Crown and Bridge
  7. Operative Dentistry
  8. General Anatomy
  9. General Physiology
  10. General Histology
  11. Tafsir
  12. Sirah
  13. Hadis

Tahun 2:

  1. Al-Quran
  2. Prosthodontics
  3. Oral Biology and Histology
  4. Crown and Bridge
  5. Operative Dentistry
  6. General Microbiology
  7. General Pathology
  8. General Pharmacology
  9. Tafsir
  10. Fiqh
  11. Tarikh Tasyrie’

Tahun 3:

  1. Al-Quran
  2. Orthodontic
  3. Public Health
  4. Oral Pathology
  5. Operative Dentistry
  6. Oral Maxillofacial Surgery
  7. Internal Medicine
  8. Dermatology
  9. Opthalmology
  10. Ear, Nose and Throat
  11. Prosthodontics
  12. Crown and Bridge
  13. Endodontics
  14. Hadis
  15. Aqidah

Tahun 4:

  1. Al-Quran
  2. Oral Diagnosis and Radiology
  3. Oral Medicine and Periodontology
  4. Oral Maxillofacial surgery
  5. Endodontic
  6. Pediatric Dentistry
  7. Prosthodontic
  8. Operative Dentistry
  9. Crown and Bridge

 

Sistem Peperiksaan Pengajian Fakulti Perubatan di Universiti al-Azhar.

Peperiksaan secara umumnya mencakupi tiga aspek iaitu: bertulis (written exam), lisan (oral exam), dan amali (practical exam). Keistimewaan diberikan kepada pelajar tahun 1, di mana sekiranya pelajar gagal dalam subjek-subjek tertentu, pelajar dibenarkan untuk membawa (carry) subjek tersebut pada tahun 2 kerana subjek yang diambil pada 2 tahun tersebut adalah sama (selain penambahan subjek Psychology pada tahun 2). Namun, maksimum hanya 2 subjek dan sekiranya melebihi, pelajar diwajibkan untuk mengulang tahun (repeat year) sekiranya masih tidak lulus dalam peperiksaan kedua iaitu peperiksaan ulangan yang dilakukan pada bulan Ogos. Bagi pelajar tahun 2 dan dan 3, sekiranya gagal dalam satu subjek akademik maka pelajar tersebut perlu untuk mengulang tahun. Adapun untuk pelajar tahun 4 dan ke atas, mereka dibenarkan (carry) subjek tersebut sampai tahun 6.

 

Sistem Peperiksaan Pengajian Fakulti Pergigian di Universiti al-Azhar

Peperiksaan secara umumnya mencakupi tiga aspek iaitu: bertulis (written exam), lisan (oral exam), dan amali (practical/clinical exam). Pelajar pergigian tidak dibenarkan untuk membawa (carry) sebarang subjek untuk naik ke tahun seterusnya. Peperiksaan ulangan hanya dibenarkan maksimum empat subjek sahaja termasuk subjek agama. Jika pelajar gagal lebih dari empat subjek maka pelajar tersebut perlu mengulang tahun tersebut dan tiada peluang diberikan untuk menduduki peperiksaan ulangan pada bulan Ogos. Akhir sekali, pengulangan tahun hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja dan jika pelajar tidak lulus kali keempat, pelajar tersebut akan dibuang kuliah.

 

Fasiliti Yang Disediakan di Fakulti Pergigian Universiti al-Azhar (Siswi).

  • 2 Makmal Prostodontik
  • 2 Makmal Oral Biologi
  • 6 Klinik
  • Dental Technician
  • 4 Dewan Kuliah khusus pelajar Malaysia
  • Locker di setiap dewan kuliah

 

Fasiliti Yang Disediakan di Fakulti Pergigian Universiti al-Azhar (Siswa).

  • 6 Makmal Prostodontik
  • 2 Makmal Ortodontik
  • 2 Makmal Oral Biologi
  • 3 Makmal ‘Dummy Head’
  • 5 Klinik
  • Dental Technician
  • 5 Dewan Kuliah
  • 2 Bilik Kuliah Khusus untuk pelajar Malaysia
  • Locker untuk Simpan Peralatan

 

Penempatan Utama Pelajar Universiti al-Azhar.

Penempatan utama yang kebiasaannya didiami oleh pelajar dari universiti Al-Azhar adalah di kawasan sekitar kampus iaitu seperti Hayyu Sabi’, Hayyu Asyir dan terdapat juga pelajar yang menginap di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) atau sekarang dikenali sebagai Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) yang mana mengambil masa selama 20 minit perjalanan untuk ke kampus.

Kebanyakan pelajar (siswi) lebih suka untuk mendiami asrama BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri) kerana kos hidup yang lebih murah selain mendapat perlindungan yang sempurna.

**Kawasan di sekitar Kaherah terdapat banyak asrama BKAN dari pelbagai negeri.

 

Pengangkutan Utama.

Teksi – Pilihan utama bagi mereka yang berkemampuan, inginkan suasana yang selesa, dan cepat sampai ke destinasi yang di tuju.

Tremco / Van angkut – Pengangkutan utama bagi pelajar di Mesir, murah dan cepat tapi kebanyakan pemandu memandu dengan berbahaya.

Bas – Pengangkutan utama selain tremco, murah dan berbaloi, perjalanan yang santai dan selamat, tapi sangat sesak dan tidak selesa pada waktu puncak.

Metro / Kereta api – Perkhidmatan pengangkutan yang terbaik, cepat dan selesa kecuali pada waktu puncak, tetapi kawasan laluannya terhad dan hanya berhenti di kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Motosikal / kereta sewa – terdapat juga khidmat sewa motosikal dan kereta dengan harga yang berpatutan oleh pelajar-pelajar Malaysia sendiri.

Uber / Careem – Yang mudah didapati di mana-mana tempat.

**Kebanyakan pelajar di sini sudah terdorong untuk memiliki motorsikal persendirian kerana harganya yang murah berbanding Malaysia, harga minyak yang jauh lebih rendah, selain memudahkan pelajar cepat sampai ke destinasi yang dituju.

 

Pulang ke Malaysia?

Berbeza dengan universiti lain yang berada di luar kawasan Cairo, pelajar dari Universiti al-Azhar yang menetap di sekitar kawasan universiti, hanya memerlukan masa kurang daripada 1 jam (dari Hayyu Sabi’) untuk ke Cairo International Airport, dengan menaiki teksi @ menyewa coster sebanyak LE100 (paling minimum). Dan untuk memudahkan pelajar-pelajar yang ingin ke lapangan terbang, Biro Sukan dan Aktiviti Luar Perubatan Cawangan al-Azhar ada menyediakan tempahan pengangkutan tersebut.

 

 

 

Layari Laman Web Universiti al-Azhar:

Fakulti Perubatan (Siswi): http://www.fmgazhar.edu.eg/

Fakulti Perubatan (Siswa): http://www.medicineazhar.edu.eg/

Fakulti Pergigian (Siswi):http://www.azhar.edu.eg/gfac/dent_girls/index.htm

Fakulti Pergigian (Siswa):http://www.azhar.edu.eg/bfac/dent/index.htm