TEMPAT-TEMPAT MENARIK DAN BERSEJARAH DI MESIR

 

‎ٱهۡبِطُواْ مِصۡرٗا فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلۡتُمۡۗ

“Pergilah kamu ke satu kota(Mesir) pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta”

(Surah al-Baqarah,ayat 61)

 

Mesir merupakan bumi para nabi. Antara nabi-nabi yang pernah tinggal di Mesir ialah Nabi Musa a.s., Nabi Yusuf a.s, Nabi Harun a.s, Nabi Solleh a.s, Nabi Daniel a.s dan Nabi Khidir a.s. Salah seorang isteri Nabi Muhammad S.A.W.  juga berasal dari Mesir iaitu Maryam al-Qibtiyah. Ramai keturunan Nabi Muhammad berada di Mesir termasuklah Saidina Hussein, cucu baginda S.A.W.

 

Imam Mazhab kita juga, iaitu Imam al-Syafiee berasal dan dimakamkan di Kaherah, Mesir. Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah Al-Qaradawi ialah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkemuka di dunia. Beliau merupakan Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia.

 

Antara tempat bersejarah yang masyhur dan banyak pengajarannya di Mesir adalah seperti :

  1. Bukit Tursina (tempat munajat Nabi Musa dan merupakan tempat yang dimakbulkan doa, juga antara tempat yang disarankan oleh Rasulullah untuk  dilawati selepas Mekah, Madinah, dan Palestin).

 

Allah bersumpah dengan bukit Tursina sebanyak dua kali di dalam al-Quran. Satu di dalam surah at-Tur (ayat 1) dan satu lagi di dalam surah at-Tin (ayat 2).

 

2. Tempat pertemuan laut dan sungai di Dumyat (kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa).

 

3.  Makam para wali seperti Imam Syafie.

 

Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang Mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.

[Surah al-‘Alaq 96: 1-5]

 

Yang paling takut kepada Allah antara manusia ialah para ulama. Menuntut ilmu itu fardhu ke atas setiap muslim.

Fardhu yang bagaimana? Iaitu wajib, sebagai ibadah, dan mendekatkan diri kepada Nya. Roh ‘fardhu’ itulah yang menjadi pendorong buat pencari dan penyebar ilmu itu.

 

Ilmu itu sesuci akidah, andai dicari dengan penuh keikhlasan.

Ilmu itu mendekatkan, bukan menjauhkan daripada Allah.

Ilmu tidak pernah bercanggah dengan akidah.

 

Ilmu selamanya takkan digunakan untuk keburukan.

Islam datang mengubah bangsa Arab.

Daripada hanya bermain kalam dan syair,

menjadi bangsa yang sangat menghargai dan menyebarkan ilmu.

 

Apakah ada sebab lain untuk kita datang ke bumi Mesir selain mencari ilmu? Adakah kita sudah mempersiapkan diri dengan keperluannya?

 

-Mohamad Kamal Azam bin Nor Azlan-

Tahun 6 Perubatan Uni Mansurah

 

#AHLANPERUBATAN

#MansurahAkuDatang