PENGALAMAN TIDAK PULANG KE MALAYSIA

 

                Bulan Ramadan merupakan bulan yang majoritinya pelajar-pelajar perubatan Mesir sedang berhempas-pulas dengan peperiksaan akhir tahun. Kebiasaannya peperiksaan ini akan tamat sebelum Syawal sama ada seminggu sebelum,dua tiga hari sebelum dan ada juga yang bersambung selepas Syawal.Pada hujung Ramadan ini kita akan menyaksikan masyarakat arab Mesir berpesta ibadah. Masjid-masjid utama dipenuhi jemaah dari kawasan dalam masjid,kawasan tangga sehingga memenuhi perkarangan masjid, yang datang lambat memang di luar lah jawabnya. Iktikaf dan qiamullail dilakukan di hampir di seluruh masjid. Masa ini kebanyakan pelajar Malaysia akan senaraikan masjid-masjid untuk dituju seperti Masjid Amru Al Asr,Masjid Azhar dan Masjid Ar-Rahmanirahim. Masyarakat arab di sini sangat memuliakan Ramadan dan bagi mereka, mereka ingin sepanjang tahun itu berlalu dengan pantas agar dapat sampai ke bulan Ramadan yang seterusnya.

1ab8d6de1841825da577c7c806a20083_XL

***

            Lagu dendang perantau dibiarkan berbunyi di telefon bimbit. Sambutan Hari Raya di sini tidak kurang meriahnya, rumah terbuka sana-sini. Makanan-makanan Malaysia di hari raya masih dapat dinikmati walaupun jauh dari tanah air. Kuih raya,rendang, lontong , soto, sate,nasi himpit dan lain-lain lagi. Hampir separuh syawal tahun ini, perut dipenuhkan di rumah-rumah terbuka sekitar Mesir.

              Habis sahaja raya Aidilfitri, memang ini lah waktu yang paling penting untuk menentukan cuti musim panas kita bermakna atau berlalu begitu sahaja. Ada lagi dua bulan berbaki cuti jadi sangat memerlukan perancangan sama ada untuk ke kelas-kelas pengajian, menjelajah Mesir ,attachment di hospital dan lain-lain.

IMG_3535

***

            Untuk kelas pengajian sebenarnya ada beberapa pilihan yang boleh diambil selain kelas tafaqquh di cawangan masing-masing misalnya kelas pengajian di sekitar Masjid Azhar atau Masjid Husein. Rata-rata para masya’iekh mengajar dalam Bahasa Arab namun, ada juga yang mengajar dalam Bahasa Inggeris. Kelas ini diadakan pada hari tertentu dan tidak dikenakan sebarang bayaran.Maklumat tentang kelas ada yang boleh didapati di page facebook kelas pengajian tersebut. Selain itu, kita juga boleh mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan di bangunan asrama negeri. Tenaga pengajar untuk kelas-kelas seperti ini terdiri daripada Syeikh arab yang dijemput khas oleh penganjur ataupun daripada ustaz melayu sendiri. Bukan itu sahaja,kelas pengajian di markas Indonesia juga boleh dijadikan pilihan bagi mendalami ilmu. Kelas pengajian ini memerlukan bayaran dan bayarannya mengikut subjek yang dipilih. Kelebihan untuk kelas ini,kita boleh memilih kitab yang kita inginkan dan masa boleh diatur mengikut masa yang sesuai dengan kita.

santri-mambaus-sholihin-saat-membaca-kitab-kuning-darulanshar.wordpress.com_

***

            Kebanyakan pelajar akan memanfaatkan waktu cuti musim sejuk untuk bersiar-siar dalam negara Mesir atau luar negara . Antara   tempat menarik di Mesir yang dilawati ialah pantai Ain Sukhna,Iskandariah,Dumyat,pantai Matruh dan padang pasir Siwa.Bagi menjadikan cuti lebih menarik,terdapat juga pelajar Malaysia yang mengambil kelas menyelam semasa cuti musim panas.

Selain itu, pelajar pre-clinical juga boleh mula berjinak-jinak dengan suasana hospital  mengikuti attachment. Kalau rakan-rakan yang pulang ke Malaysia dapat melakukan attachment di hospital-hospital di Malaysia, gunakan peluang yang ada untuk mengasah skill klinikal di hospital universiti masing-masing. Manfaatkan senior anda, minta tolong mereka bawakkan ke hospital dan ajar apa-apa yang perlu.

***

WhatsApp Image 2016-08-22 at 18.05.25

          Aidiladha. Seperti yang pernah kita dengar, sambutan Aidiladha dalam kalangan masyarakat arab lebih meriah berbanding sambutan Aidiladha.Hari-hari sebelum Aidiladha, kawasan di pasar sudah penuh dengan binatang-binatang korban. Solat Hari Raya Aidilfitri sangat awal sekitar jam 5.00 pagi kerana selepas itu masing-masing pulang untuk urusan korban. Waktu ini jalan-jalan di pasar akan penuh dengan darah-darah binatang sembelihan. Pelajar-pelajar di sini juga tidak terlepas melakukan korban sama ada dengan PERUBATAN atau  negeri masing-masing.Ada unta,lembu,kambing dan khoruf. Dapatlah merasa daging unta kalau raya haji di sini. Makan puas-puas sebelum mula pengajian untuk sesi seterusnya.