UNIVERSITI AIN SHAMS

Ain-Shams-University-Logo

 

Universiti Ain Shams merupakan universiti awam ketiga selepas tertubuhnya Universiti Kaherah dan Universiti Alexandria. . Pada kurun ke 1950 , madrasah ilmu ini telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pelajaran belia-belia Mesir yang semakin berkembang dekad ini. Permulaan pertubuhan menyaksikan lambakan bilangan fakulti dan institusi yang akhirnya telah disatukan bagi mewujudkan sebuah universiti yang diberi nama ‘Universiti Ain Shams’.Pada mulanya, sekolah perubatan ini juga turut dikenali sebagai ‘El-Demerdash School of Medicine’.

Hospital El-Demerdash yang asal telah ditubuhkan pada 5 Ogos 1928 hasil sumbangan geran oleh El-Demerdash Pasha, isteri,dan anak perempuannya. Ia telah dibuka secara rasmi pada 5 Mei 1931 di Abbasiyyah dan hospital ini merupakan hospital tertua dan terbesar di Kaherah. Maka, tidak hairanlah jika fasiliti hospital ini cukup mustaid dengan didasari oleh beberapa cawangan fakulti yang hebat.

 

 

 

Tremco

Gelagat-Gelagat Mahasiswa di Mesir

 

Hari ahad. Hanya hari biasa suatu ketika dahulu. Kini menjadi hari permulaan minggu kuliah di Mesir.

“Hayyu Sabi’?” Tanya Rizal kepada pemandu tremco.

“Aiwah.” Jawab pak cik tremco yang dipanggil wusto.

Muhammad dan kawan-kawan lain terus melompat masuk ke dalam tremco tersebut.

“Assalamualaikum..” Rizal memberi salam kepada seluruh penumpang tremco tersebut.

“Alaikumussalam warahmatullah..” Jawab para penumpang-penumpang lain.

Itu situasi biasa di Mesir. Masuk kenderaan pun bagi salam. Yang baik, kita ambil. Yang buruk, ambil pengajaran.

 

Pengalaman tahun pertama di Universiti Ain Shams menggamit kenangan yang terindah.

 

“Brions cause neurodegenerative disease by aggregating extracellularly within the central nervous system to form blaques known as amyloid.”

Ringkas dan padat syarahan doktor di dewan kuliah. Namun,terselit suatu keanehan.

“Brions. Blaques ? “ Tiada pun maksudnya di dalam kamus Bahasa Inggeris.

Inilah hakikat sebenar sistem pembelajaran di Mesir . Huruf P akan bertukar menjadi huruf B. Amat sedikit yang pandai bertutur slange British.

Jadi, persediaan dari segi mental dan fizikal amatlah penting bagi mengharungi suasana pening ‘term-term’ baru usai 2 minggu sesi akademik bermula.

 

Bandar Abbasiyyah semakin maju. Suatu kredit kepada kemudahan mahasiswa.

Metro, tremco ,bas,dan teksi menjadi pilihan untuk menuju ke universiti. Malahan,ada juga yang berjalan kaki dari rumah ke universiti.

“Itu semua terserah pada pilihan anda.”

Menjadi suatu kelaziman bagi para pelajar yang masih menetap di BKAN Negeri untuk menaiki tremco kerana bayarannya yang lebih murah. Menjimatkan.

Kini, tambang dari Madinah Nasr sekitar kawasan Hayyu Sabie’ bagi memecut ke Universiti Ain Shams adalah sebanyak 2.00 Le, manakala dari Hayyu Asyir adalah sebanyak 2.50 Le.

 

img_0674

 

 

Suatu kelebihan kepada para pelajar Malaysia yang tinggal di Dewan Malaysia Abbasiyyah (DMAK), apabila lokasi DMAK sendiri berdekatan dengan laluan metro yang baru dibina.

Tambang metro adalah lebih murah sekitar 1.00 Le yang menghubungkan antara kawasan Abdou Pasha dan pekan induk,Abbasiyyah.

Kos sara hidup di Abbasiyyah per kapita adalah tinggi kerana berstatus perumahan yang strategik di samping berdekatan dengan kawasan universiti sendiri.

Sewa rumah di sekitar kawasan Abbasiyyah ini adalah sekitar 1 200 Le dan ke atas. Jika hendak jimat , maka tinggallah di ARMA.

 

Kehidupan di Mesir ini meruntun mahasiswa untuk berjimat cermat.

Tambahan lagi, pekan Hussain menjadi tarikan untuk membeli belah kerana segala keperluan diri dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara boleh didapati di situ. Macam-macam ada.

Pekan Hussain dan Abbasiyyah tidak terlalu jauh. Destinasi ini boleh dikunjungi dengan hanya menaiki bas 24 jim atau metro Abbasiyyah – Bab El Sharia.

Tambang pergi dan balik adalah berpatutan sekitar 2.00 Le dengan menaiki metro atau 4.00 Le dengan menaiki bas.

 

Al-Hussein-Mosque-Egypt-2

Masjid Hussain merupakan antara tarikan pelancongan di pekan Hussain

 

 

Penemuan Memorial Plat Berlogam

230px-Demerdash_establishment_plate1

 

Terjemahan bagi memorial plat berlogam: Yang Dimuliakan Arwah Pasha Abdel-Rahim Moustafa El-Demerdash dan isterinya, Zainab Hanem El-Demerdashiah, dan anaknya, Qout Alqoulob Hanem El-Demerdashiah telah mendermakan sebidang tanah berkeluasan 15,000 hektar dan didermakan duit sebanyak 100000 Le di mana 40% adalah untuk pembinaan hospital manakala 60% lagi adalah untuk waqaf dan segala keuntungannya bakal dipulangkan kembali kepada pihak hospital itu sendiri.

Bumi Universiti Ain Shams ini dibina atas dasar waqaf. Kelebihan tanah waqaf ini begitu bernilai di sisi umat Islam apatah lagi tanah universiti ini merupakan simbolik kepada kemegahan Istana Heliopolis, kota metropolitan Mesir suatu ketika dahulu.

 

 

2133990151Ain_shams

Bangunan Istana Zaafaran yang kukuh sehingga kini

Istimewanya Tanah Universiti Ain Shams

 

Tapak universiti ini adalah bekas peninggalan Istana Zaafaran sewaktu pemerintahan rejim Khedive Ismail. Tambahan pula, istana ini menjadi kemasyhuran kerajaan Heliopolis seiring dengan suburnya semaian jerih zaafaran. Sesungguhnya, Zaafaran sangat kaya dengan vitamin B2, hidroklorik asid, dan riboflavin.

Tanah berusia beribu alaf ini telah melahirkan ramai ilmuan-ilmuan Islam yang kian bersinar dan mampu merevolusikan sebutir permata bagi memajukan Islam di mata dunia urbanisasi kini. Antara tokoh yang namanya gah tidak lekang dek zaman dan tidak lapuk dek hujan adalah As -Syahid Sheikh Ahmad Yassin. Beliau merupakan graduan sejati serta produk tulen Universiti Ain Shams walaupun seisi dunia mengetahui akan masalah kelumpuhan yang beliau hadapi, namun masalah itu tidak mampu menghalangi beliau daripada terus berjuang di medan ilmu. Kita yang diciptakan sempurna serta cukup sifat ini perlu mencontohi ketabahan As-Syahid dalam mengejar arus keilmuan yang kian pesat seiring perkembangan sains dan teknologi demi menyambung wasilah pendidikan yang telah diwasiatkan oleh para rasul dan anbiya’.

 

Tabiat Pemakanan Orang Mesir

 

Orang-orang arab di Mesir menjadikan roti sebagai makanan ruji mereka.

Namun begitu, kita juga boleh menemukan nasi basmathi Asia Tenggara di sini.

Sekitar kota Abbasiyyah ini, terdapat lambakan kedai-kedai makanan segera. Jadi, hal ini memberi suatu keuntungan kepada mahasiswa lebih-lebih lagi dalam musim imtihan.

Apa yang istimewanya, Universiti Ain Shams sendiri mempunyai kafe yang boleh dikunjungi apabila tamatnya sesi kuliah.

Makanan yang disediakan amat enak dan menggamit selera apabila perut berada dalam keadaan lapar.

Menu makanan yang popular,menjadi pilihan mahasiswa Malaysia adalah ‘to’miyah bil batotis’ yang boleh didapati dengan harga

2.00Le sahaja. Murah bukan?

 

Muhasabah Penguasaan Bahasa Arab Mahasiswa Malaysia

 

Pengalaman meniti perjalanan sebagai seorang pelajar tahun empat ditambah dengan status graduan klinikal memperlihat kelebihan yang bakal kita miliki yakni sesi berinteraksi bersama pesakit menggunakan bahasa perantaraan lingua franca. Apakah sudut pandang kita dalam perkara dinamik ini? Adakah ruang ini menjadi negatif dan anda akan terduduk lantas menggaru-garu kepala? Hakikatnya, realiti dunia menyaksikan kerapuhan mahasiswa untuk mengambil cakna penguasaan mereka terhadap bahasa arab. Justeru itu, menjadi wasiat kepada adik-adik baharu untuk memperkasa perbendaharaan bahasa arab agar menjadi suatu aset berguna suatu ketika nanti.

 

Pesakit yang dibawa masuk ke dewan kuliah adalah mereka yang berbangsa arab Mesir yang majoritinya tidak memiliki kemahiran bertutur dalam bahasa ketiga. Sejauh mana kita memandang perkara ini sebagai satu peluang? Malang sekali, majoriti daripada kita melihat perkara ini sebagai suatu kekurangan dan kesukaran, lantas kita dengan sengaja mencari pelbagai sebab mahupun alasan dan mula mempamerkan karenah semata-mata mahu melepaskan diri daripada mendekati pesakit. Hanya kerana takut untuk bertutur dalam bahasa arab!

Mungkin kita boleh berusaha untuk mempelajari dan menguasai bahasa arab sepanjang 6 tahun kita bermastautin di sini. Namun, semuanya kembali kepada persoalan pokok yang lebih utama,adakah kita memang berniat untuk mendalami bahasa nilaian mutiara di aksara Perlembahan Nil ini?

 

Mahasiswa Ain Shams, Mahasiswa Terbilang

 

Meniti sejarah penubuhan PERUBATAN di sini, hal kebajikan ahli-ahli nya telah diambil cakna dan diteguhkan lagi dengan kewujudan Organisasi PERUBATAN Universiti (OPU) Ain Shams yang kemudiannya ditukar kepada PERUBATAN Cawangan Ain Shams.

Menjadi kelaziman untuk PERUBATAN mengadakan banyak aktiviti baru bagi junior-junior tahun satu bagi memurnikan 5 agenda utama mereka.

Antara ‘follow up’ menarik yang disediakan oleh PERUBATAN adalah seperti Smart Circle (SC) yang dijalankan secara berkelompok.

Tambahan lagi, para pelajar PERUBATAN tahun 1 akan didedahkan dengan ‘Love Islam for Eternity’ (LIFE).

Program ini adalah bersifat santai dan merupakan wasilah PERUBATAN bagi membentuk para mahasiswa yang bersahsiah mapan.

Hal ini adalah suatu penanda aras kepada titik kematangan pemikiran mahasiswa-mahasiswa yang baru.

 

Slide5