SENARAI BARANG-BARANG UNTUK DIBAWA KE MESIR

ITEM PALING PENTING :

 

A . KAD BANK

Walaupun anda datang melalui tajaan, tapi masa awal-awal Ini, adalah sangat penting untuk mempunyai kad bank yang aktif. Sebabnya elaun sara hidup untuk pelajar baru tidak masuk seawal anda hadir ke sini. Tambahan pula, awal-awal ini akan pakai duit yang agak banyak untuk membeli buku, kelengkapan bilik seperti almari pakaian, peralatan rumah dan barang-barang sampingan.

Selalunya, pelajar disini akan membuka akaun HSBC Amanah (akaun bersama). Buka akaun bersama akan diberi 2 keping kad, satu untuk kita, satu untuk ibu dan ayah pegang. Selepas buka akaun, pastikan kad itu diaktifkan dulu (withdraw dan deposit kan dulu duit dalam akaun bagi kedua-dua kad), takut-takut sampai di Mesir,  kad tersebut tidak boleh diguna. Kalau anda sudah 18 tahun ke atas, boleh mendaftar akaun persendirian.

Akaun HSBC Islamic. Akaun bersama ni, kalau anda keluarkan duit di Mesir, ibu bapa akan dapat tahu. Kalau hendak bawa kad bank CIMB/Maybank/BSN, pastikan fungsi VISA  telah diaktifkan untuk memastikan proses perbankan berjalan dengan lancar.

B . FAIL DAN DOKUMEN PERSENDIRIAN

  • Passport
  • Gambar berukuran passport (dalam 10 keping/lebih)
  • Salinan IC
  • Salinan surat beranak
  • Dokumen – dokumen dari penaja(sekiranya ada)
  • Surat tawaran ke universiti.

 

                  gmbr 1

gmbr 2

                                                Jangan sampai terlebih muatan kargo ye!!

 

SEPARA PENTING (ikut keperluan masing-masing) :

1. MAKANAN DAN MINUMAN

  • Serbuk kari daging/ayam/ikan (bawa dalam paket kecil tapi banyak sebab dapat menjimatkan ruang)
  • Serbuk kunyit
  • Rempah kurma
  • Kiub tomyam
  • Kiub ikan bilis (untuk buat sup sayur)
  • Sup bunjut (dalam paket sup bunjut ni sudah ada bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis)
  • Serbuk cili/cili kering
  • Perencah nasi goreng/ perencah maggi/ Brahims (yang ni sangat PENTING masa awal-awal datang, kalau tak tahu masak dan hampir dengan peperiksaan)
  • Belacan
  • Ikan bilis, udang kering dan ikan masin
  • Sardin dalam tin (jangan bawa banyak, berat)
  • Asam jawa dan asam keping
  • Lengkuas, kunyit, halia
  • Serai yang dikeringkan
  • Dedaun (daun kari, daun limau purut, daun kesum, daun pandan
  • Kicap (beli yang jual dalam paket, jangan beli dalam botol, paket ringan dan jimat ruang, bungkus dengan kertas surat khabar)
  • Sos cili (beli yang jual dalam paket, jangan beli dalam botol, paket ringan dan jimat ruang, bungkus dengan kertas surat khabar)
  • Maggi (hanya ada jenama Indomee di Mesir)
  • Serunding daging
  • Bancuhan minuman seperti Milo, Radix dan sebagainya mengikut kehendak (bawa dalam paket yang besar)
  • Brahim’s food (lauk siap masak dalam peket)
  • Budu

Bahan mentah seperti ayam, daging dan bahan asas dalam masakan seperti bawang putih, bawang merah ada dijual di sini

*barangan di atas merupakan cadangan sahaja.

2.PERALATAN ELEKTRIK

Sebenarnya, terpulanglah kepada anda sama ada hendak membeli di Malaysia atau hendak membeli ketika di Mesir nanti. Kalau hendak membeli di Malaysia, boleh berpakat-pakat dengan bakal ahli rumah tentang peralatan elektrik  yang hendak dibawa.

  • Periuk nasi (dicadangkan beli di Mesir, sebab kurang praktikal kalau hendak bawa dari Malaysia)
  • Pemanas air
  • Mesin pengisar (peralatan blender buatan Mesir kurang tajam dan efisien)
  • Sterika (sebaiknya bawa dari Malaysia)
  • Wayar extension(buatan Mesir kurang kualitinya)
  • Traveller’s adapter(Mesir menggunakan pakai plug dua pin)

 

gmbr 3

                      Contoh plug dan soket di Mesir.

 

3.PAKAIAN

Mari kita bahagikan pakaian ikut majlis supaya lagi mudah. Walaupun di sini tiada peraturan berpakaian, apa yang pasti, anda mestilah berpakaian mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak.

Majlis Rasmi:

  • Kemeja
  • Seluar slack
  • Tali leher
  • Baju batik
  • Kasut kulit
  • Blazer

Hari Raya:

Walaupun pelajar-pelajar baharu datang selepas Hari Raya Aidilfitri, tapi Hari Raya Aidiladha masih ada lagi dan disambut dengan meriahnya di Mesir.

  • Baju Melayu lengkap
  • Songkok
  • Sampin
  • Baju Raihan
  • Jubah

Untuk ke kuliah:

Anda bebas untuk berpakaian mengikut kehendak anda untuk ke kelas. Hatta hendak berselipar pun boleh. Namun, jagalah imej anda sebagai pelajar. Paling kurang, pakailah sandal/crocs untuk ke kuliah.

  • T-shirt
  • Seluar jeans/khaki
  • Stoking
  • Kasut yang bersesuaian (Ada pelbagai jenama yang dijual di Mesir. Namun, kasut berjenama seperti Adidas dan Nike pun ada, tetapi lagi mahal dari yang dijual di Malaysia. Juga, Mesir negara yang berdebu, jadi sebelum membeli kasut, janganlah beli kasut yang warna putih)
  • Baju kurung
  • Tudung
  • Brooch

 

Musim sejuk :

Walaupun ada musim sejuk di sini, tidaklah sampai ada salji, dan paling sejuk dalam 10 darjah celcius, tapi sangatlah sejuk. Waktu anda sampai dalam bulan September nanti, cuaca masih panas.

  • Baju sejuk/Winter coat. Terpulang samada hendak beli di Malaysia atau di Mesir. Kalau di Mesir, biasanya pelajar akan beli yang bundle dan lagi murah berbanding di Malaysia. Bagi jenama yang lebih mahal, harga akan berbeza-beza ikut jenama. Dicadangkan anda bawak sehelai dulu dari Malaysia.

 

 

gmbr 4

Winter coat seperti di atas macam ‘over’ sangat. Takut memakan ruang untuk benda yang lebih penting.

 

  • Baju fit (long john). Sebagai inner untuk halang angin dari kena kulit. Dipakai bersama baju sejuk. Kalau tidak mahu beli di Malaysia, di Mesir pun ada jual.

 

4.ALAT TULIS DAN BUKU

Cuma yang agak pentingnya ialah pensel warna sebab akan digunakan untuk subjek Histology. Orang kata pensel warna kat sini warnanya kurang kualiti.

Manakala, buku rujukan tidak perlu untuk dibawa dari Malaysia. Malahan, buku rujukan ada sahaja dijual di sini; di kedai buku dalam kawasan universiti dengan harga yang berpatutan. Lagipun, buku teks anda nanti adalah buku yang dikeluarkan oleh department masing-masing.

 

 5.PENJAGAAN DIRI DAN UBAT-UBATAN

Barang – barang penjagaan diri seperti syampu, ubat gigi, berus gigi ada dijual di sini. Bawa barang yang anda fikirkan sesuai untuk kegunaan awal dalam sebulan dua. Boleh juga untuk membawa ubat-ubatan yang dikira sesuai. Antara barang yang boleh dibawa ialah:

  • Syampu
  • Ubat gigi
  • Berus gigi
  • Deodorant
  • Sabun
  • Lip balm (cuaca di Mesir agak panas dan kering)
  • Losyen (untuk mengelakkan kekeringan kulit)
  • Minyak cap kapak
  • Minyak gamat/mustika
  • Pil Chi Kit Tek Aun (awal-awal datang, keracunan makanan tu agak normal)
  • Ubat batuk/selesema
  • Ubat-ubatan peribadi (minta preskripsi ubat daripada doktor anda di Malaysia jika anda perlu bergantung dengan ubat-ubatan untuk jangka masa yang lama)

 

6.LAIN-LAIN

  • Laptop (di kuliah tidak perlukan pun, melainkan kalau pensyarah lebih suka untuk uploadbahan ilmiah di facebook, tapi boleh bawa untuk berhubungan dengan kawan-kawan dan keluarga di Malaysia melainkan kalau anda mahu beli desktop kat Mesir)
  • Kamera (mengikut kehendak)
  • Beg kuliah
  • Cadar dan sarung bantal ( Selimut tebal yang dinamakan saratoga untuk musim sejuk jangan bawa, beli di Mesir)
  • Jam loceng
  • Kit menjahit
  • Al-Quran berserta terjemahan
  • Perhubungan:
  • Di Mesir, ada tiga telco utama, iaitu Etisalat, Mobinil dan juga Vodafone. Kebiasaannya, pelajar di sini menggunakan Etisalat Ahlan sebab murah (telefon Etisalat ke Etisalat 15sen, mesej Etisalat ke Etisalat 30sen). Ya, di Mesir caj telefon lagi murah dari sms. Jangan lupa bawa passport untuk pendaftaran SIM.

 

  • Untuk internet pula, ada beberapa pilihan :
  1. Pergi online dekat cyber café, tapi jarang dibuat
  2. Tarik wayar dari cyber café
  3. Kalau rumah mempunyai line telefon, boleh pasang wifi.
  4. Online guna handphone (LE1 sehari)*
  5. Guna usb broadband. Tapi agak mahal, kira-kira LE 149* sebulan untuk 6GB.

 

*mengikut kadar semasa

Apa-apa pun, segala senarai cadangan diatas bukanlah sesuatu yang wajib dipenuhi sebelum anda bertolak ke sini. Minta pandangan ibu bapa sebelum membeli segala barangan yang dihajati. InshaAllah kehidupan disini bukanlah seperti hidup di padang pasir yang tiada sumber langsung. Cabaran yang mendatang akan menjadikan kita kuat duduk di perantauan.