UNIVERSITI ZAGAZIG

zagazig-univ

1. SERBA RINGKAS BERKENAAN UNIVERSITI (LOKASI DAN TEMPAT UTAMA)

Universiti Zagazig merupakan salah satu universiti di Mesir yang terletak di Bandar Zagazig. Terletak di wilayah Syarqiyyah. Ditubuhkan pada tahun 1974 dan kini sudah mencapai usia 40 tahun.

 

a39b3ba35f7adbcc1ed96fe2f677f987

2. JURUSAN YANG ADA PELAJAR MALAYSIA

a) Perubatan
b) Farmasi

 

3. KAEDAH PEMBELAJARAN UNIVERSITI + PEPERIKSAAN

a) Perubatan

Kaedah pembelajaran:

i. Tempoh masa 6 tahun

ii. Subjek untuk setiap tahun adalah seperti berikut:
•Tahun 1: Anatomy, Physiology, Biochemistry, Histology, English.
•Tahun 2: Anatomy, Physiology, Biochemistry, Histology, Psychology.
•Tahun 3: Pathology, Pharmacology, Parasitology, Microbiology.
•Tahun 4:Community Medicine, Opthalmology, ENT (Ear, Nose, Throat), Forensic and Toxicology, Human Rights.
•Tahun 5: Internal Medicine, Paediatric.
•Tahun 6: Surgery, OnG (Obstetrics and Gynaecology).

Peperiksaan:

iii. Terdapat 4 peperiksaan dalam 1 tahun pengajian.
•Peperiksaan separuh penggal pertama.
•Peperiksaan pertengahan tahun.
•Peperiksaan separuh penggal kedua.
•Peperiksaan akhir tahun.

iv. Dalam peperiksaan-peperiksaan ini, para pelajar akan diuji tentang pengetahuan dan silibus yang telah mereka pelajari didalam kuliah.

v. Terdapat peperiksaan bertulis, lisan dan praktikal/klinikal.

 

b) Farmasi

Kaedah pembelajaran:

i. Tempoh masa 5 tahun dan setiap satu tahun ada 2 semester.

ii. Subjek untuk setiap tahun adalah seperti berikut:

•Tahun 1:

i. Sem 1:Pharmaceutical Organic Chemistry-1, English Language, Botany & Medicinal Plants, Mathematics and Statistical, Physical & Inorganic Chemistry, Cell Biology, Biophysics.

ii. Sem 2:Pharmaceutical Organic Chemistry-2,Pharmacognosy-1, Human Rights, Pharmaceutical Analytical Chemistry-1,Pharmacy Orientation, Histology, Physical Pharmacy.

•Tahun 2:

i. Sem 1:Pharmaceutical Organic Chemistry-3, Medical Terminology, Pharmacognosy-2, Psychology, Anatomy, Physiology, Pharmaceutical Analytical-2.

ii. Sem 2:General Microbiology& Immunology, Phytochemistry-1,Biochemistry-1, Pharmacy Legislation, Instrumental Analysis, Parasitology, Pharmaceutical Dosage Form-1.

•Tahun 3:

i. Sem 1:Pharmacology-1, Pharmaceutical Dosage Forms-2, Phytochemistry-2, Biochemistry-2, Pathophysiology, Clinical Microbiology, Pharmacy Administration.

ii. Sem 2:Pharmacology-2, Pathology, Trauma & First Aid, Quality Control Of Herbal Drug, Pharmaceutical Technology, Community Pharmacy Practice, Biopharmaceutics & Pharmacokinetics.

•Tahun 4:

i. Sem 1:Clinical Pharmacy-1, Medicinal Chemistry-1, Controlled Drug Delivery System , Pharmaceutical Biotechnology , Hospital Pharmacy, Radiopharmaceuticals, Pharmaceutical Microbiology, Public Health and Preventive Medicine.

ii. Sem 2:Clinical Pharmacy 2, Phamaceutical Analysis And Quality Control, Elective Course, Phytotherapy, Drug Interactions, Medicinal Chemistry 2, Drug Marketing, Cinical Biochemistry.

•Tahun 5:

i. Sem 1:Elective Course, Toxicology and Forensic Chemistry, Therapeutics-1, Clinical Pharmacokinetics, Clinical Pharmacology, Oncology, Clinical Nutrition, Sociology.

ii. Sem 2:Gasteroenterology, Elective Course, Drug Information, Treatment Of Respiratory System Disease, Treatment Of Dermatology& Reproductive Disease, Treatment Of Pediatrics Disease, Therapeutics-2, Treatment Of Cardiovascular Disease.

Peperiksaan:

iii. Setiap semester terdapat 2 kali peperiksaan:
•Peperiksaan pertengahan semester.
•Peperiksaan akhir semester.

iv. Markah keseluruhan tahun akan dikeluarkan selepas tamat peperiksaan akhir semester ke 2.

v. Selepas tamat peperiksaan, para pelajar boleh mengikuti kos musim panas (summercourse)dan akan menduduki peperiksaan untuk kos tersebut.Ini memudahkan dan mengurangkan subjek kuliah untuk semester yang akan datang.

 

 

  1. GAMBAR AKTIVITI UNIVERSITI BERSAMA PELAJAR MALAYSIA
zagzig

Majlis Graduasi pelajar Malaysia Universiti Zagazig yang pertama (Batch 2006 – 2012)

zagzig2

Program Clinical Intervention Course yang dianjurkan oleh pihak universiti bersama Zagazig Medical Team di bawah Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ).

5. KOS SARA HIDUP BULANAN + SEWA RUMAH SEBULAN.

Di Zagazig, kos sara hidup bulanan boleh dikatakan antara yang terendah dari wilayah (muhafazah) lain. Kos sara hidup sebulan paling minimum untuk seorang adalah sebanyak LE850, termasuk sewa rumah dan barang makanan. Kawasan penempatan pelajar Malaysia di Zagazig antaranya ialah di Salam Sadnawi, MTA, Kafr El Zend, Murur, Salam Mashallah dan Qaumiah.

Kos anggaran harga rumah di kawasan ini dalam lingkungan LE700. Dari segi makanan, anda boleh memilih untuk makan makanan arab seperti syawarma, rubu’ firah, kuftah, fatirah, pizza dan lain-lain di kebanyakan tempat seperti di Qaumiah.

Malah, kedai makanan melayu juga di buka di Salam Sadnawi dan Kafr Zend seperti La Tansa, Indo Malaya, Lazuardi dan Baraka. Barang makanan mentah juga mudah didapati di sekitar Mahattah seperti Pasaraya A2Z dan Alam Market dengan harga yang sangat berpatutan.

 

6. PENGANGKUTAN DI KAWASAN PENEMPATAN
•Teksi: pilihan pelajar bagi mereka yang ingin menjimatkan masa atau kesuntukan masa, menuju ke lokasi tertentu yang tidak dilalui microbus dan minibus atau seperti ke Medan Qaumiyah, Salam Masya Allah dan menuju ke destinasi yang jauh seperti hospital dan pasar (Kubri). Kadar tambang semasa adalah 5 EGP utk ke seluruh destinasi.
•Microbus (tramco)/minibus: Pilihan utama pelajar serta warga tempatan di Zagazig untuk menuju ke destinasi yang diinginkan. Laluan perjalanan melalui tempat-tempat penting seperti Universiti Zagazig termasuklah fakulti perubatan dan farmasi, stesen-stesen ke wilayah (mahafzah) lain (Kaherah, Mansurah, Tanta) dan kawasan penempatan utama pelajar-pelajar Malaysia. Tambang semasa adalah 0.75 EGP seorang.
•Van/tramco/Peugeot: Pengangkutan utama untuk ke wilayah (muhafazah) luar seperti Kaherah, Tanta, Mansurah dan Iskandariah. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan tempahan khas yang diuruskan oleh PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) untuk ke destinasi tertentu seperti ke lapangan terbang atau ke pasar Khan el-Khalili. Tambang mengikut destinasi yang dituju.
•Tut-tut: pengangkutan jarak dekat yang menghantar penumpang dari jalan besar ke pintu rumah. Tambang semasa anggaran LE1 – LE2.

 

7. PULANG KE MALAYSIA

Dalam setahun, pada cuti musim sejuk dan cuti musim panas menjadi tarikh pilihan pelajar untuk pulang ke Malaysia. Cuti musim sejuk selama dua minggu kebiasaannya pada hujung bulan Januari hingga awal bulan Februari selepas tamat peperiksaan pertengahan tahun.

Cuti musim panas pula bermula selesainya peperiksaan akhir bagi tahun satu hingga tiga bermula Julai hingga awal September, tahun empat bermula Julai sehingga Oktober, tahun lima bermula awal November hingga akhir Disember.

Perkhidmatan menghantar ke lapangan terbang dari Zagazig atau sebaliknya juga di disediakan oleh PCZ dengan tiga pilihan pengangkutan awam sewa khas; van (175 EGP), Peugeot (155 EGP), teksi (135 EGP) mengikut kadar semasa.

Ikuti laman web Universiti Zagazig:

 Fakulti perubatan       : http://www.medicine.zu.edu.eg/

Fakulti farmasi           : http://www.pharmacy.zu.edu.eg/