UNIVERSITI MANSURAH

mansurah-1

 

LOKASI DAN TEMPAT UTAMA

Antara lokasi utama kawasan tempat tinggal pelajar ialah Istad Gamaah (Stadium Universiti), Samanoudy, Hayyu Gamaah dan Galaa.

Lazimnya berjalan dari kawasan lokasi utama perumahan pelajar Malaysia tersebut ke Kuliah Tibb (Fakulti Perubatan) mengambil masa selama 15-20 minit sahaja.Jika menaiki teksi akan mengambil masa kira-kira 10 minit.Tidak jauh dari Fakulti Perubatan terdapat sebuah pasaraya (Metro) dan mesin ATM HSBC dimana pelajar dapat mengeluarkan duit dan terus membeli barang keperluan rumah.Barang keperluan dapur pula boleh didapati di pasar yang dipanggil ‘Souq Dirasat’.

 

JURUSAN PELAJAR MALAYSIA DAN KAEDAH PEMBELAJARAN UNIVERSITI

mansurah-1

“Mansurah,boleh diibaratkan Malaysia kecil mungkin?”, respon seorang pelajar Malaysia di Mansurah. Hal ini kerana disini jumlah mahasiswa Malaysia semakin meningkat,daripada pelbagai jurusan dan latar belakang yang mewarnai bumi Mansurah. Bermula dari tahun 2005 seramai 18 orang pelajar sahaja yang datang menuntut disini dan kesemuanya mengambil satu jurusan yang sama iaituPerubatan Konvensional. Sehingga kini sudah terdapat beberapa jurusan yang diambil oleh mahasiswa/wi Malaysia iaitu:

  1. Perubatan Konvensional
  • Terbahagi kepada 2 fasa:

a)      Pra-klinikal: Tahun 1-3

b)      Klinikal: Tahun 4-6

  • Musim Peperiksaan Akhir Tahun secara lazim bermula bulan Mei dan berakhir sekitar bulan Julai.

 

  1. Perubatan Mansoura-Manchester
  • Dalam program ini, sistem pembelajaran yang digunakan ialahProblem Based Learning (PBL).
  • Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 10-12 orang dan akan dibimbing oleh seorang pensyarah.
  • Sistem peperiksaan akhir semester terdiri daripada:

a)      Multiple Choice Question (MCQ)

b)      Essay

c)      Objective Structured Clinical Examination (OSCE)

  1. Pergigian
  • Tahun Pra-pergigian: Proses pembelajaran sepanjang tahun pra-pergigan berjalan dibawah penyeliaan Fakulti Sains Mansurah(Kuliah ‘Ullum).Namun urusan umum pelajar seperti yuran,shahadah qid dan lain-lain diselia oleh Fakulti Pergigian (Kuliyah Tib Asnan).
  • Tahun 1-4 Pergigian (5 tahun pengajian termsuk Tahun Pra-Pergigian).
  1. Farmasi
  • Secara umumnya program farmasi mengandungi 10 semester (5 tahun).
  • Program ini menyediakan pendidikan dalam bidang  Biological, Chemical dan Physical Science dan Profesional Instruction in Practice of Pharmacy.
  • Pada semester musim panas, terdapat pilihan 6-8 minggu pembelajaran.

 

mansurah

 

PENGANGKUTAN UTAMA

Teksi merupakan pengangkutan utama di Mansurah memandangkan tambangnya agak berpatutan dan kurang pilihan pengangkutan lain.Anggaran tambang hanya sekitar LE 3-LE 5 disekitar kawasan universiti  dan kawasan-kawasan berdekatan.

 

KOS SARA HIDUP DAN SEWA RUMAH

Memandangkan Mansurah bukanlah sebuah bandar besar maka kos sara hidup tidaklah telalu tinggi.Sekitar RM 500-RM 700 sebulan sudah mencukupi termasuk kos makan dan sewa rumah. Purata sewa rumah yang diduduki oleh 3-5 orang pula adalah sekitar LE 1000-LE 1500.

 

AKTIVITI BERSAMA PIHAK UNIVERSITI

Hubungan erat antara pihak universiti dan PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah menghasilkan beberapa aktiviti bersama antaranya ialah rombongan lawatan ke Kaherah dan Iskandariah, Projek 3R(Reduce, Reuse, Recycle), Majlis Graduasi Mahasiswa/wi Malaysia dan lain-lain lagi.

 

Layari Laman Web Universiti Mansurah :

Fakulti Perubatan Konvensional   :http://www.mans.edu.eg/facmed/english/

Fakulti Perubatan Manchester program    :http://manchester.mans.edu.eg/english/

Fakulti Pergigian  : http://dentfac.mans.edu.eg/

Fakulti Farmasi : http://pharfac.mans.edu.eg/index.php?lang=en