UNIVERSITI KAHERAH

Universiti Kaherah, Kampus Utama, Giza

 

Telah diasaskan pada tahun 21 disember 1908 yang telah menaungi kebanyakan fakulti termasuklah fakulti undang-undang, farmasi, sains, arkeologi, pergigian malah perubatan. Kebanyakan fakulti terletak di Giza,Kaherah berbeza dengan fakulti perubatan dan pergigian yang terletak di Hospital Kasr El’ Aini.

 

Sejarah Ringkas Hospital Kasr El’aini (Fakulti Perubatan)

Salah satu daripada hospital yang menyediakan pembelajaran ilmu perubatan dan merupakan salah satu fakulti Universiti Kaherah. Hospital ini telah tertubuh lebih awal daripada Universiti Kaherah itu sendiri iaitu semenjak 1827 oleh seorang doktor perancis, Clot Bye yang pada asalnya terletak bersama hospital tentera di Abo Zabal. Kemudiannya, berpindah ke kawasan Kasr El’ Aini, Kaherah pada tahun 1837 dan dinamakan sebagai Hospital Kasr El’ Aini . Pada tahun 1925, barulah Hospital Kasr El’ Aini dijadikan salah satu fakulti di bawah Universiti Kaherah. Hospital Kasr El’ Aini telah menjalani proses pembangunan baru pada tahun 1980 dan siap pada tahun 1995.

 

kaherah-2

Bangunan Hospital Baru

 

Fakulti perubatan Kasr El’Aini telah menerima banyak pelajar Malaysia sejak tahun 2001 lagi. Semenjak itu, sehingga kini fakulti perubatan Kasr El’ Aini telah menaungi 12 generasi. Kini, mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang belajar di universiti hanyalah sebanyak 453 orang setelah ramai yang menyambung pelajaran di Malaysia atau ‘transfer credit’ berikutan keadaan politik Mesir yang kurang stabil tahun lepas. Kebanyakan mereka ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) malah ada juga pelajar yang datang di bawah Yayasan Zakat Selangor, Yayasan Pahang, Yayasan Islam Kelantan. Fakulti perubatan kasr el’ aini amat tidak membenarkan pelajar Malaysia yang datang daripada agensi melainkan persendirian.

 

Universiti Kasr El’ Aini

Universiti Kasr El’ Aini

 

 

Lokasi Dan Tempat Utama

Hampir kesemua pelajar perubatan menetap di kawasan sekitar universiti. Antaranya adalah kawasan Munira, Sayeda Zainab, Abou Risy, Zenhoum dan juga Saad Zagloul. Manakala ada juga pelajar yang tinggal di kawasan sedikit jauh daripada universiti seperti di kawasan Giza dan juga Malikus Saleh.

Perjalanan dari rumah ke universiti hanya memerlukan pelajar-pelajar berjalan kaki. Jarak dari Sayyeda Zainab, Abou Risy ataupun Zenhoum hanya mengambil masa 20-30 minit manakala dari Munira kurang daripada 15 minit.

Tahrir juga merupakan salah satu tempat penting bagi urusan memperbaharui visa di mugamma’ yang berada di hujung jalan (syari’) kasr el’ aini.

 

Kehidupan Di Mesir

Ramai orang berkata bahawa hidup di negara orang kenalah pandai berdikari, semua atas diri sendiri. Mungkin di sisi kita tiada lagi keluarga terdekat , ayah ibu mahupun adik beradik, tetapi anda tidak datang bersendirian, anda datang bersama sahabat. Maka, jangan jadikan hidup kita di negara orang sebagai satu laluan sahaja tetapi jadikanlah ia sebagai satu ingatan.

Di Kaherah, pada waktu cuti anda boleh menziarahi Kubu Salahuddin Al Ayubi (Qal’ah) yang merupakan salah satu tinggalan semasa zaman kegemilangan islam. Malah, banyak makam para ulama’ yang masyhur dikebumikan di sini seperti Makam Imam Syafie dan Imam Waqi’.

Dari segi makanan, anda boleh memilih untuk makan makanan arab seperti syawarma, rubu’ firag, kuftah, fatirah, pizza dan lain-lain di kebanyakan tempat seperti di Baghal, A’rfah dan Ibnu Hamido. Makanan segera juga ada di sekitar Manial, Sayeda Zainab dan Munira seperti Cook Door, Abou Sakra, KFC dan Pyramid.

Sesudah penat belajar seminggu, luangkan masa anda untuk turun bermain futsal mahupun berenang di Markaz Syabab Zenhoum. Hadiqah Azhar juga merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk anda bersama sahabat-sahabat anda untuk melakukan aktiviti bersama.

Pihak PERUBATAN sendiri menyediakan program-program yang bermanfaat untuk ahlinya malah ada menganjurkan jaulah ke Matruh & Siwa,  Bahnasa’, Orabi dan Rafaheya. Di Kaherah dan Mesir sendiri mempunyai segalanya insyaAllah. Maka, jadikan setiap saat yang berdetik sebagai satu imbasan kenangan.

 

Program Bersama Universiti

Kehadiran anda ke sini bukanlah sekadar belajar, balik rumah, ulang kaji dan pada malam hari tidur. Mengambil bidang perubatan tidak pernah menghalang kita untuk bebas melaksanakan perkara berfaedah bersama. Hatta, fakulti perubatan Kasr El’ Aini juga menyediakan pelbagai program untuk kebajikan mahasiswanya termasuklah kita, contohnya:

 

kaherah-4

 

 

Cairo University International Day Festival

Pelbagai negara seperti Malaysia, Mesir, Jordan, Indonesia dan lain-lain telah menyertai acara yang gilang- gemilang ini untuk mempamerkan dan memperkenalkan budaya negara masing-masing. Tidak ketinggalan juga persembahan dari  negara Malaysia tercinta yang mempersembahkan silat, tarian gamelan dan tarian wau bulan.

 

kaherah-5

 

 

Jaulah Piramid

 Jaulah secara berbasikal ke Piramid Giza bersama pelajar-pelajar arab sejauh hampir 15 kilometer daripada fakulti perubatan Kasr’ El Aini.

 

kaherah-7

 

Shantah Ramadhan

Merupakan salah satu program anjuran PERUBATAN bersama universiti yang berbentuk kebajikan kepada pesakit-pesakit di hospital.

 

Selain itu, terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik yang disediakan oleh PERUBATAN dan universiti untuk kita semua. Ikuti dan terokailah kehidupan di Mesir kerna setiap saat itu begitu berharga.

Selamat maju jaya.

 

Layari laman web Fakulti Perubatan Universiti Kaherah :http://www.medicine.cu.edu.eg/beta/