UNIVERSITI AL-AZHAR

azhar

 

Kuliah Perubatan Azhar

Universiti Al-Azhar merupakan salah satu pusat pembelajaran ilmu Islam yang tertua di dunia. Pada awal pembukaannya, hanya beberapa halaqah keilmuan yang diadakan secara berkala di Masjid Agung Al-Azhar dengan menggunakan sistem pembelajaran ‘talaqqi’ (sorongan) yang dilaksanakan di antara tiang-tiang Masjid Agung Al-Azhar.

Secara umumnya, fakulti-fakulti Al-Azhar terbahagi kepada dua, iaitu Kuliah Adabiyah (Pengajian Agama) dan Kuliah Ilmiyah (fakulti pengajian sosial & sains kesihatan ). Kesemua kuliah Ilmiyah terletak di kawasan Nasr City, dan selebihnya (kuliah Adabiyah) terletak di kawasan Hussien, bersebelahan dengan Masjid Agung Al-Azhar, dan cawangan-cawangan universiti Al-Azhar yang berada di pelbagai wilayah.

2

 

 

Pembelajaran di Universiti Al-Azhar

Kuliah di Universiti Al-Azhar semenjak tahun 1996-1997, ketika dibawah pimpinan Prof.Dr.Ahmad Umar Hasyim, perkuliahan Al-Azhar, dibahagi menjadi 2 semester. Semester pertama bermula pada pertengahan bulan 9 dan berakhir pada awal bulan 12. Peperiksaan bagi semester pertama, biasanya akan dijalankan pada bulan 1. Selepas peperiksaan tamat, akan bermula ‘winter break’ selama 2 minggu.

Manakala, semester kedua akan bermula pada akhir bulan 2 dan berakhir pada awal bulan 5, oleh kerana peperiksaan semester kedua akan dilaksanakan pada bulan 6, pelajar diberi masa selama beberapa minggu untuk mengulang kaji secara sendiriran. Dan selepas itu, pelajar akan mendapat tempoh selama 2 bulan setengah sebelum sesi pembelajaran pada tahun seterusnya bermula.

 

Silibus Pengajian Perubatan di Al-Azhar

Kokurikulum pembelajaran dibahagikan kepada 3 fasa :

Fasa 1 : Tahun 1 dan 2

Fasa 2 : Tahun 3

Fasa 3 : Tahun 4, 5 dan 6

 

Tahun 1: Physiology, Anatomy, Biochemistry, Histology, Bahasa Arab dan Al-Qur’an (Juz 30)

Tahun 2: Physiology, Anatomy, Biochemistry, Histology, Psychology, Balaghah, Tafsir Al-Qur’an dan Al-Qur’an (Juz 29)

Tahun 3: Pathology, Parasitology, Pharmacology, Microbiology, Hadis, Feqah, Tarikh Tasyri’  dan Al-Qur’an (Juz 28)

Tahun 4: Opthamology, Community Medicine, Forensic & Toxicology, ENT (Ear, Nose & Throat),Medical Ethics,  Aqidah dan Akhlak , Sirah  dan Al-Qur’an (Juz 27)

Tahun 5: Internal Medicine ,Pediatrics, Feqah, Hadis, Tafsir  dan Al-Quran (Juz 26)

Tahun 6: OnG (Obstetrics and Gynaecology) dan Surgery

 

Peperiksaan

Peperiksaan secara umumnya, mencakupi tiga aspek iaitu : bertulis (written exam), lisan (oral exam), dan amali (practical exam). Keistimewaan diberikan kepada pelajar tahun 1 , di mana sekiranya pelajar gagal dalam subjek-subjek tertentu, pelajar di benarkan untuk membawa(carry) subjek tersebut pada tahun 2, kerana subjek yang diambil pada 2 tahun pertama adalah sama (selain pertambahan subjek Psychology pada tahun 2). Namun, maksimumnya hanyalah 2 subjek dan sekiranya melebihi, pelajar di wajibkan untuk mengulang tahun (repeat year), seandainya masih tidak lulus dalam peperiksaan kedua (peperiksaan ulangan) yang dilakukan pada bulan Ogos. Bagi pelajar tahun 2 dan keatas, gagal dalam satu subjek perubatan akan membuatkan pelajar tersebut terpaksa untuk mengulang tahun.

 

Penempatan Utama Pelajar

Penempatan utama yang dihuni oleh pelajar dari universiti Al-Azhar adalah di kawasan sekitar kampus , seperti Hayyu Sabi’, Hayyu Asyir dan terdapat juga pelajar yang menginap di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) atau sekarang dikenali sebagai Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) yang mana mengambil masa selama 20 minit untuk ke kampus.

Kebanyakan pelajar (akhawat) lebih suka untuk mendiami rumah BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri) kerana kos hidup yang jauh lebih murah selain mendapat perlindungan yang sempurna.

**Kawasan di sekitar Kaherah terdapat banyak rumah BKAN dari pelbagai negeri.

 

Pengangkutan Utama

Teksi – Pilihan utama bagi mereka yang berkemampuan, inginkan suasana yang selesa, dan cepat sampai ke destinasi yang di tuju.

Tremco / Van angkut – Pengangkutan utama bagi pelajar di Mesir, murah dan cepat tapi kebanyakan pemandu memandu dengan berbahaya.

Bas – Pengangkutan utama selain tremco, murah dan berbaloi, perjalanan yang santai dan selamat, tapi sangat sesak dan tidak selesa pada waktu puncak.

Metro / Kereta api – Perkhidmatan pengangkutan yang terbaik, cepat dan selesa kecuali pada waktu puncak, tetapi kawasan laluannya terhad dan hanya berhenti di kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Motosikal / kereta sewa – terdapat juga khidmat sewa motosikal dan kereta dengan harga yang berpatutan oleh pelajar-pelajar Malaysia sendiri.

**Kebanyakan pelajar di sini sudah terdorong untuk memiliki motorsikal persendirian kerana harganya yang murah berbanding Malaysia, harga minyak yang jauh lebih rendah, selain memudahkan pelajar cepat sampai ke destinasi yang dituju.

 

Pulang ke Malaysia?

Berbeza dengan universiti lain yang berada di luar kawasan Cairo, pelajar dari Universiti Al-Azhar yang menetap di sekitar kawasan universiti , hanya memerlukan masa kurang daripada 1 jam (dari Hayyu Sabi’) untuk ke Cairo International Airport, dengan menaiki teksi @ menyewa coster sebanyak LE100 (paling minimum).

 

Layari Laman Web Universiti Azhar :

Fakulti Perubatan (Banat) : http://www.fmgazhar.edu.eg/

Fakulti Perubatan (Banin) : http://www.medicineazhar.edu.eg/

Fakulti Pergigian (Banat) :http://www.azhar.edu.eg/gfac/dent_girls/index.htm

Fakulti Pergigian (Banin) :http://www.azhar.edu.eg/bfac/dent/index.htm