PANDUAN PERMOHONAN VISA DI MALAYSIA & MESIR

Selamat datang diucapkan kepada adik-adik yang akan menyambung perjuangan menuntut ilmu di bumi anbiya’ Mesir. Saya yakin sekarang adik-adik pasti sedang sibuk menguruskan barang-barang keperluan untuk ke Mesir. Namun, suka untuk saya ingatkan kalian agar memohon visa pelawat terlebih dahulu sebelum bertolak ke Mesir. Visa yang dipohon melalui kedutaan Mesir di Malaysia ini kebiasaannya hanya dipohon oleh mereka yang baru pertama kali datang ke Mesir kerana mereka yang sudahpun menetap di Mesir akan memperbaharui visa di Mesir. (Tidak perlu memohon kali kedua di Malaysia).

APA ITU VISA?

Visa ialah tanda bukti ‘boleh berkunjung’ yang diberikan kepada penduduk suatu negara jika memasuki wilayah negara lain. Visa boleh diibaratkan sebagai keizinan masuk oleh tuan rumah kepada tetamu luar yang berkunjung. Visa juga dipohon di kedutaan negara yang akan dikunjungi.

BAGAIMANA MEMOHON VISA DI MALAYSIA?

Berikut adalah beberapa panduan untuk permohonan visa di Malaysia :

SENARAI KEPERLUAN UNTUK PEMOHONAN VISA

 

  1. Pasport asal (minimum 6 bulan daripada tarikh luput)
  2. Gambar pasport latar belakang putih (6cm x 4cm) – 1 Keping
  3. Salinan kad pelajar/surat tawaran universiti/tasdiq kuliah – 2 keping
  4. Salinan muka depan pasport – 2 keping
  5. Salinan cop Ketibaan (Arrival) – 2 Keping
  6. Salinan cop visa yang paling akhir – 2 Keping
  7. Borang pemohonan visa (boleh didapati di kaunter pos keselamatan kedutaan)
  8. Cadangan anggaran wang untuk segala pengurusan : RM 160 – RM 180
    (Tertakluk kepada perubahan)

 

passport-malaysia

TIPS & PANDUAN PEMOHONAN VISA

 

  1. Sediakan wang secukupnya dan dokumen selengkapnya untuk urusan pemohonan visa
  2. Bawa peralatan tulis (Pen, Stapler, Gam dll)
  3. Alamat : No. 12, Jalan Ru, Off Jalan Ampang Hilir, 55000, Kuala Lumpur, Malaysia
  4. Waktu operasi adalah pada:
  • Hari : Isnin – Jumaat
  • Jam : 10.00 – 12.00 tengahari
  1. Digalakkan untuk membuat pemohonan visa sebulan sebelum tarikh penerbangan ke Mesir.
  2. Nombor yang boleh dihubungi: 03-42568184/ 03-42568745

 

CARA PERMOHONAN VISA DI MALAYSIA

 

  1. Dapatkan borang di pos keselamatan kedutaan, isi dan hantar bersama-sama dengan lampiran/dokumen yang perlu disertakan.
  2. Nombor giliran/tarikh dijangka siap akan diberikan (maksimum seminggu) dan simpan dengan sebaiknya.
  3. Datang pada tarikh yang ditetapkan & lakukan pembayaran.
  4. Selesai !!.

 

SOALAN & JAWAPAN (FAQs)

  1. Bilakah kebiasaannya visa boleh siap?
  • Dalam tempoh 3-5 hari bekerja

 

  1. Lokasi pemohonan visa.
  • Kalau dari Jalan Ampang (menuju ke arah Kuala Lumpur City Centre KLCC) , petanda simpang adalah stesen minyak petronas & kedai perabot (Lorenzo), iaitu kedua-duanya berada di sebelah kiri. Masuk ke kiri (Jalan Ru) & terus.
  • Kedutaan mesir berada di sebelah kiri, betul-betul berdekatan simpang tiga, iaitu sebelum masuk ke Jalan Ampang Hilir. (Sila rujuk gambar peta di bawah)
  • Pengangkutan awam yang boleh digunakan adalah :-
  1. Keretapi (Kelana Jaya Line), berhenti di Stesen Jelatek (KJ6) & perlu untuk menaiki teksi.
  2. Keretapi (Ampang Line), berhenti di Stesen Ampang (AG8) & perlu untuk menaiki teksi.
  3. Bas RapidKL yang menuju ke arah Kuala Lumpur City Centre (KLCC) & berjalan kaki (300 meter)
  4. (Terus ke alamat Kedutaan)

 

 

  1. Adakah pelajar boleh diwakili oleh waris bagi pemohonan visa?-
  • Boleh, tiada masalah & pastikan semua dokumen lengkap.

 

  1. Berapa lama tempoh visa ini?
  • 3 bulan

 

  1. Adakah boleh menggunakan visa on arrival (VOA)?
  • Digalakkan untuk membuat visa di Malaysia, kerana keadaan Mesir sekarang ini tidak menentu dan tidak stabil sepenuhnya, terutamanya dalam aspek politik & keselamatan.

 

  1. Bagaimanakah sekiranya dokumen di atas tidak lengkap/mengcukupi?
  • Anda boleh menggunakan sebarang dokumen yang menyatakan anda adalah pelajar Mesir, seperti kad pelajar EME, slip keputusan peperiksaan dan sebagainya.

Untitled-1

Peta ke Kedutaan Mesir di Malaysia (klik untuk besarkan)

visa

Visa Mesir di Malaysia

Di sini juga saya sertakan bersama panduan permohonan membuat visa di Mesir untuk rujukan adik-adik setelah tiba di Mesir.

 

prosedur

 

Prosedur membuat visa ( hanya tertakluk di Kaherah dan Ain Shams sahaja)

WhatsApp Image 2016-08-21 at 10.15.47

Carta Aliran Visa Umum Di Semua Muhafazah

visa mesir

Contoh Visa di Mesir

Semoga dengan adanya inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu adik-adik dalam urusan pemohonan visa di Malaysia dan juga di Mesir kelak. Semoga terus berjaya.