KELEBIHAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DI MESIR

  • Bayaran yang murahGTY_stock_cash_pile_money_dollar_bills-thg-130726_33x16_1600

Saya yakin rata-rata pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang sains kesihatan di Mesir adalah kerana yuran yang perlu dibayar adalah lebih murah jika dibandingkan dengan tempat-tempat yang lain. Tambahan, nilai mata wang Mesir yang disebut Junaih (genih dalam bahasa pasar) atau Egyption Pound dua kali lebih murah berbanding Ringgit Malaysia(RM).

  • Pesta buku antarabangsa setiap tahun

naushad-014

Acara pesta buku antarabangsa yang diadakan pada setiap tahun merupakan acara yang di tunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar di sini terutamanya, tidak ketinggalan juga penduduk negara yang berjiran dengan Mesir seperti Jordan dan Arab Saudi turut datang ke Mesir untuk membeli buku-buku dan kitab-kitab di sini. Bagi pelajar sains kesihatan sudah pastinya mencari buku-buku rujukan antarabangsa ketika pesta buku berlangsung. Di samping itu, ianya berkualiti, mudah didapati dan murah jika dibandingkan dengan harga buku di Malaysia. Buku- buku terpakai juga boleh didapati dengan harga yang murah dengan pelbagai genre.

  • Doktor jasad dan hati

o-DR-OZ-HEALTHY-HEART-facebook

Menuntut ilmu  di Mesir tak dapat dipisahkan dengan belajar agama, hal ini kerana terdapat ramai ibu bapa dan ahli masyarakat yang menghantar anak-anak mereka untuk belajar agama di Mesir. Mesir terkenal dengan institusi pendidikan yang tertua di dunia, al-Azhar as-Syarif dan para masyaikhnya. Jika anda berkesempatan untuk belajar di Mesir, jangan lepaskan peluang untuk mendalami juga perihal agama. Tidak sukar untuk mencari kelas-kelas agama di Mesir, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja kelas-kelas agama di masjid dan juga tempat-tempat khas yang disediakan untuk belajar agama, cuma keinginan dan pengurusan diri sahaja yang perlu disusun bagi menyeimbangkan antara akademik dan kelas-kelas selain di dewan kuliah.

  • Tempat-tempat bersejarah untuk dilawati

Jejak-Islam-Menakjubkan-di-Mesir-1-Masjid-Imam-Syafi’i-Mohamed-Ali

Umum mengetahui Mesir antara negara yang banyak tempat  bersejarah untuk dilawati oleh kerana tamadun Mesir antara yang terawal dicatat oleh para sejarawan.  Banyak juga kisah-kisah para nabi dan kaumnya yang terdapat di dalam al-Quran boleh dilihat kesan dan sejarahnya di Mesir seperti kisah Nabi Yusuf a.s. dan Nabi Musa a.s. Selain itu terdapat juga maqam-maqam para nabi, ulama’ dan orang soleh di sekitar Mesir yang boleh dilawati, antaranya di sekitar Kaherah, Mansoura, Tanta dan lain-lain.

  • Boleh belajar menguasai bahasa lain

uh173-a7d3f42b-b1b1-4ff7-9f13-0a4cea662442-v2

Di universiti, kebanyakan pensyarah menggunakan bahasa Inggeris ketika mengajar di dewan kuliah, jadi tidak ada masalah jika ada antara kita yang tidak pandai berbahasa Arab kerana proses pembelajaran banyak menggunakan bahasa Inggeris, adapun bahasa pertuturan masyarakat di sini ialah bahasa arab pasar (‘ammi). Teringat saya kepada pesanan seorang doktor di Malaysia, Dr. Hamid Arshat, beliau merupakan pakar dalam bidang perbidanan dan sakit puan, beliau berpesan kepada kami bahawa pelajar sains kesihatan perlu menguasai lebih dari dua bahasa, hal ini kerana bagi mereka yang terlibat dalam bidang ini memerlukan kemahiran berbahasa yang baik. Menurutnya di Malaysia masyarakat berbilang kaum, maka wajar untuk kita belajar juga bahasa-bahasa kaum yang lain.

Akhir sekali, rebutlah segala peluang yang ada di Mesir, saya titipkan pesanan Dr. Jamnul Azhar sebagai penutup bicara, beliau merupakan seorang doktor dan pendakwah terkenal di tanah air, “Kalau datang ke Mesir umpama kita masuk ke dalam gudang atau pasaraya yang barangnya semua percuma, kita akan ambil semua apa yang ada walaupun skru yang berkarat untuk kegunaan kita kerana kita tidak tahu bilakah ia akan berguna bagi kita.”