[AHLAN'14 TANTA: LIVE UPDATE]

[LIVE UPDATE AHLAN '14]

Delegasi ibubapa adik-adik baru mengambil gambar kenangan sebelum berangkat pulang ke Kaherah. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh keluarga Persatuan PERUBATAN
Cawangan Tanta atas kerjasama dan layanan baik yang diberikan sepanjang keberadaan mereka di Tanta.

“Bridging the Community”
Biro Penerbitan & Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Tanta 14/15.

A380-Malaysia

Adab Bermusafir dan Panduan Solat Dalam Pesawat

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam kesibukan adik-adik membuat persediaan ke Mesir, ingin kami kongsikan beberapa informasi berkaitan adab bermusafir dan solat di dalam pesawat sebagai panduan pada kalian.

Adab-adab bermusafir

  1. Niatkan musafir itu untuk pahala ibadat. Tujuan bermusafir dengan niat yang baik, bukan atas tujuan maksiat.
  2. Selesaikan dulu masalah hutang dan mohon maaf dengan orang sekitar.
  3. Ada mahram.
  4. Disunatkan solat musafir dan berdoa sebelum memulakan perjalanan.
  5. Pakaian menutup aurat dan bersederhana dalam berhias.
  6. Melantik seorang ketua apabila bermusafir dalam kumpulan yang terdiri daripada 3 orang atau lebih.
  7. Sunat mengucapkan selamat tinggal kepada orang-orang yang ditinggalkan dan memaklumkan kepada mereka tentang keberangkatan dan tempat yang dituju.
  8. Cukup perbelanjaan.
  9. Mengenalpasti arah kiblat dan menyediakan peralatan yang perlu untuk mengetahui waktu solat.

Continue reading